Wednesday 29 June 2011

Projek Salasilah





Salam

Saya telah mula mengumpul salasilah sejak tahun 2003 tetapi tidaklah begitu serius sehingga tahun 2009 di mana saya melancarkan Projek Salasilah secara besar-besaran.

Rentetan peristiwa bermula apabila saya berhasrat untuk mengadakan Majlis Perjumpaan Keluarga dan mengedarkan salasilah supaya semua yang hadir dapat mengenali di antara satu sama lain.  Itu hasrat saya! tetapi saya tidak mendapat sokongan malah ahli keluarga seolah-olah tidak berminat.  Berbagai alasan yang mereka beri.

Ini membuatkan saya rasa tercabar dan mahu membuktikan kepada mereka betapa pentingnya mengetahui salasilah dan susurgalur keluarga masing-masing.

Saya mulakan Projek Salasilah dengan keluarga saya sendiri iaitu keluarga Raja Kulop Muhammad dan Sultan Idris I secara serentak.  Saya tidak sangka sungguh ramai ahli keluarga saya rupanya.

Alhamdulillah, menerusi laman sosial facebook saya mengenali ramai saudara-mara yang tidak pernah saya sedar kewujudan mereka sebelum ini.  Dan ramai juga yang berminat tentang salasilah walaupun dari golongan muda.  Melalui facebook, saya memperoleh bantuan dari segi info-info keluarga dan foto-foto lama yang sungguh relevan dengan projek salasilah saya.

Sungguh menghairankan juga, apabila telah berkembang projek salasilah ini, keluarga terdekat yang dulunya tidak berminat, kini turut memberi sokongan.  Alhamdulillah.

Projek ini turut mendapat liputan akhbar dan televisyen.  Oleh itu lebih ramai yang tahu tentang hal saya menjejak salasilah dan secara tidak langsung ia memudahkan urusan saya menemui saudara mara.

No comments:

Post a Comment