Thursday 30 June 2011

Projek Makam

Salam

Semasa peringkat awal menyusun salasilah Sultan Idris I, terdapat kemusykilan tentang nama seorang puteri Almarhum iaitu Raja Khadijah (Raja Perempuan Khadijah).  Ada yang menyebut Halijah, Hadijah. Khalijah dan Khadijah.  Untuk memuaskan hati, saya menziarahi makam baginda di Makam DiRaja Al-Ghufran.  Di nesannya tertulis Khadijah dan itulah yang saya ambil sebagai ejaan yang tepat.

Ketika itu saya terfikir alangkah bagusnya jika terdapat senarai lengkap makam-makam yang berada di Al-Ghufran agar memudahkan pengunjung menziarahi makam saudara-mara.  Ini memandangkan banyak batu-batu nesan yang telah rosak atau kabur tulisannya.  Ada juga yang masih elok tetapi tulisan khatnya agak sukar dibaca.
Saya membayangkan cetusan rasa ini kepada adik lelaki dan beberapa orang saudara-mara terdekat.  Alhamdulillah, beberapa orang menerima cadangan saya dengan baik dan kami nekad untuk melaksanakannya.  

Pada 15 Disember 2009, bermulalah aktiviti sukarela yang kami namakan Projek Makam dan selama 8 bulan kami berulang-alik akhirnya kami berjaya menyenaraikan seluruh unit makam di Al-Ghufran. 






















Contoh senarai makam-makam yang terdapat di setiap zon.  InsyaAllah, senarai-senarai ini akan dibukukan dan juga ditulis pada papan tanda arah di setiap zon.  Kami juga berhasrat untuk memasang nombor siri pada setiap unit pusara supaya pencarian makam (pusara) akan lebih mudah.












No comments:

Post a Comment