Wednesday 29 June 2011

Buku-Buku Salasilah yang bakal diterbitkan

Salam,

Setakat ini empat (4) buku salasilah sudah boleh dianggap siap.  Kini sedang proses 'make-up' dan 'touch-up'.  InsyaAllah, buku-buku ini akan dicetak supaya lebih mudah ahli keluarga membaca dan membuat pembetulan serta tambahan info jika perlu.  Buku-buku tersebut adalah seperti berikut:-

1. Salasilah Keluarga Raja Kulop Muhammad
2. Salasilah Keluarga Sultan Abdullah Muhammad Shah II
3. Salasilah Keluarga Raja Kecil Sulong Raja Harun Al-Rashid
4. Salasilah Keluarga Raja Bendahara Raja Abdul Rashid

Harapannya,buku-buku ini boleh di 'verify' oleh keluarga semasa musim raya. InsyaAllah, jika menerima sambutan, cetakan akan terus dibuat bagi urusan penerbitan.

Jika tiada aral melintang,buku-buku salasilah putera-puteri Sultan Idris I yang lain akan cuba diterbitkan menjelang hujung tahun 2011 dan paling lewat, awal tahun 2012, insyaAllah.















2 comments:

  1. Tahniah KJ. Moga usaha yg mulia ni bakal mengeratkan lagi silaturRahim di kalangan ahli2 keluarga keturunan Sultan-sultan Perak yang ketika ini sedang giat menjejak ahli keluarga yang terpisah lama.
    Moga Allah memberkati KJ dan keluarga.

    ReplyDelete
  2. Amin... terima kasih atas doa dan sokongan. Terima kasih kepada keluarga dan saudara mara yang turut membantu dalam merealisasikan projek ini. Alhamdulillah.

    ReplyDelete